Kehadirannya tidak disedari......
Thursday, June 28, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Tuesday, June 12, 2012
DEMOKRASI DI
MALAYSIA
BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN
Malaysia
adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia
adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara
Majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia
adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau
kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin
bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka
paradigma politik negara-bangsa Malaysia
baru.Sejak dari dulu juga Malaysia
dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu
bentuk system politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang
mempraktikkan system demokrasi.
Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah
Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran
undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem
yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia
terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia
bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka
mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi
tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.
Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun
dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka
mengamalkan demokrasi, malang
sekali ia boleh dijustifikasikan.
Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis
demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-Democracy” or “Pseudo-Democracy”
iaitu “Separa Demokrasi” atau “Demokrasi Palsu” (Wiliam
Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan
undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya
berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi
sepenuhnya.
Kerajaan Malaysia
melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar, tetapi
berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli
sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa Malaysia
tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Terdapat pelbagai factor yang
menunjukkan bahawa Malaysia
adalah Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat
bahawa Malaysia
hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh
menjustifikasikan bahawa Malaysia
mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem
demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia
:-
Kebebasan
Bersuara
Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang
paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan
berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak
adil sama sekali jika golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda
golongan minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan
tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan
kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minority.
Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam
pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan,
lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan.
Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai ‘demokrasi
permuafakatan’ dengan berkumpul dan mendirikan persatuan, disamping ‘rule
of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.
Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan
sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun
agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.
Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan
permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin
menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan
suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan
sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.
Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam
menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi
disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan
pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid
dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat.
Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan
rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini dimana pada
10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar
gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada
Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka
berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan
tertentu.
Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun
perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang
berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.
Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini
kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang
mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih
mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.
Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967
yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan
berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini
menampakkan seolah-olah Malaysia
adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan
Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak
pemimpin.
Kebebasan
Media Massa.
Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem
komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat
yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu
memberikan hak kepada mana-mana individu mahupun parti politik bagi menggunakan
media massa
yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada.
Namun di Malaysia, kebebasan media massa
telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan
telah memonopoli sama sekali media massa
ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan
parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli
penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah Negara yang mereka
katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik
adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.
Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk
mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk
menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya.
Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang
menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkang hanya dibenarkan
menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.
Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan
parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang yang tak cukup
akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang
tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di
dalam kepompongnya sendiri.
Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti
pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan
melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya,
Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh
pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh
masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak
kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya
boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan
mereka setelah kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh
dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.
Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi memudahkan
komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah mereka juga disekat.
Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi yang
diperkatakan.
Sistem
Kehakiman
Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan
ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan
kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi
rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat
kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan kuasa
.
Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang
pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim
dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat
memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi
dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak
Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya
berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.
Menganaktirikan
Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang
Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah ditawan parti
pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan
kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak
kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak
memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang
diwakili parti pemerintah juga cuba
menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri
yang ditakluki parti pembangkang.
Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum
bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri
mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada
umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan
yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian.
Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi
peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.
Kongkongan
Terhadap Pekerja Sektor Awam
Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah
seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di
sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai target
kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras dan
penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa bimbang
pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.
Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem
demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak professional dalam
menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.
Tempoh
Berkempen Dalam Pilihanraya
Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang
kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika
dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada
pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau
begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses
demokrasi setiap empat tahun sekali.
Suruhanjaya
Pilihanraya
Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili
pilihanraya di Malaysia.
Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan
SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004
dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak
kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi
yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi
mengundi. Sungguh ajaib.
Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak
SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah
seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang
menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang
dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.
Pembahagian
Kekayaan Negara
Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal
daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan
peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan
sebagainya.
Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di
Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya
bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi,
permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah
gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin
yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu
untuk mengatasi masalah rakyat.
Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak
menampakkan hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut
agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan
Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku
sebaliknya.
Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan
kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri.
Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan,
rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu
mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang
berleluasa.
Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang
dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin
yang tertinggi di Malaysia
iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Adakah untuk
pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.
Tindakan
Ganas Polis
Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan
memartabatkan hak asasi manusia di dalam Negara yang kononya mengamalkan
Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan.
Kesan lebam di mata Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media
cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan
kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan
perkara tersebut kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di
dalam Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di dalam
pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi BN.
Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-raja melayu
sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim
Nor.
Badan Bukan
Kerajaan (NGO)
Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan
pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut.
Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak
kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah
tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah
badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.
Sistem
Keadilan
Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula,
pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim
sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang
islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah
hakim bukan beragama islam.
Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini
adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi
sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua
hakim Negara Tun Saleh Abbas yang dipecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi
mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan.
Sunday, June 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)