Kehadirannya tidak disedari......













Friday, June 17, 2011

                                      BICARA KEJUJURAN...
 
Orang yang dapat dipercaya biasanya adalah orang yang jujur.

Definisi kejujuran :
Pernyataan sesuai dengan yang telah diketahuinya.

Pengertian kejujuran :
Menyampaikan sesuatu walaupun telah diketahuinya tetapi akan berakibat merugikan dirinya sendiri / perusahaan / negara adalah kejujuran yang tidak pada tempatnya lebih tepat disebut lugu/ kebodohan / mata-mata / pengkhianat .
Menyampaikan sesuatu walaupun telah diketahuinya tetapi tidak mendatangkan manfaat positif bagi orang yang disampaikan adalah kejujuran yang tidak pada tempatnya lebih tepat disebut provokator/ pengacau.

Sumber-sumber yang berhubungan dengan kejujuran adalah informasi.

Sumber-sumber yang berhubungan dengan kepercayaan adalah materi.

Orang yang jujur belum tentu adalah orang yang dapat dipercaya.

Kejujuran yang tidak pada tempatnya dapat merugikan dirinya sendiri dan diri orang yang telah memberikan kepercayaan.
 

Tuesday, June 14, 2011

Program Komuniti Jom Aktif Sihat

Kenangan Program Komuniti Jom Aktif Sihat bersama masyarakat orang asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor


Friday, June 3, 2011

Sejarah Dan Kemunculan Mazhab Islam - Definisi Mazhab dan Akal
Oleh : Zainal Sanusi

Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab Islam yang terawal dan kedudukan akal dalam intipati gerakan mereka, ada baiknya sekiranya kita meninjau definisi perkataan ” Mazhab ” dan ” Akal ”  itu sendiri.  Mazhab dari sudut bahasa boleh didefinisikan sebagai ” jalan ” atau ” the way of ” .  Menurut Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan yang utama iaitu dari aspek akidah dan dari aspek fiqh.1 

Mazhab akidah merupakan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya.  Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi’ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Setiap kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa  sahaja yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya.  Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hambali.

Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitab beliau yang terkenal iaitu Ihya `Ulumiddin ada menjelaskan bahawa perkataan akal ini digunakan untuk menunjukkan kepada empat makna2 iaitu :

1.1       Akal adalah sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan.  Anugerah ini membolehkan manusia menerima berbagai macam ilmu pengetahuan dan mengurus serta mengatur perkara-perkara pelik yang berhajat kepada pemikiran seterusnya mencari jalan penyelesaian;

1.2      Akal adalah ilmu pengetahuan yang timbul ke alam wujud pada diri kanak-kanak yang membolehkannya membezakan tentang kemungkinan perkara yang mungkin dan mustahilnya perkara yang mustahil.  Contohnya, seseorang itu mengetahui bahawa dua adalah lebih banyak daripada satu dan bahawa seseorang yang tidak boleh berada di dua tempat pada satu masa yang sama;

1.3      Akal merupakan ilmu pengetahuan yang  diperolehi dari pengalaman dengan berlakunya berbagai-bagai perkara di persekitaran.  Individu yang  banyak terdedah kepada pelbagai perkara , maka dia telah diperkuat pemahamannya oleh pengalaman-pengalaman dan dicerdaskan  oleh berbagai pengertian.  Justeru itu individu yang seperti ini akan dikatakan sebagai orang yang berakal, sedang orang yang tidak mempunyai pendedahan seperti itu akan dianggap sebagai jahil atau bodoh;

1.4      Akal sebagai kekuatan daripada ghazirah ( instinct ) yang berkesudahan kepada mengetahui akibat daripada segala perkara dan kepada mencegah serta menundukkan hawa nafsu yang sering mengajak kepada kesenangan yang dekat.  Ini bermakna seseorang yang telah memiliki kekuatan seperti itu boleh disebut sebagai berakal.  Melalui medium akal ini manusia akan mengawal tingkah laku mereka melalui proses timbang tara dan pertimbangan sebab akibat sesuatu tindakan yang hendak diambil, bukan sekadar mengikut kehendak naluri semata-mata.  Justeru ini juga merupakan satu sifat khas yang hanya ada pada manusia dan membezakannya dengan haiwan.


 
RUJUKAN

1.      Hafis Firdaus Abdullah(2004 ).Pedoman-pedoman Bermazhab Dalam Islam.Jahabensa Book Stores. Johor Bahru.hal 2.
2.      Dr.Musa bin Fathullah Harun.Tasawwuf Dan Berbagai Permasalahannya.hal 64
3.      K.H. Sirajuddin Abbas, Hartono Ahmad Jaiz, Syaikh Muhammad Yusuf Qardawi.www.scribd.com/doc/6880243/Perpecahan Islam Menjadi 73 Golongan.3 Mac 2009.
4.      Op.cit
5.      Op.cit
6.      Dr.Musa bin Fathullah Harun.Tasawwuf Dan Berbagai Permasalahannya.hal 74
7.      Al-Quran surah Al-Isra’: 36
11.  Op.cit
12.  Dr.Musa bin Fathullah Harun.Tasawwuf Dan Berbagai Permasalahannya.hal 169
13.  Ismail Hj Ali( 1998 ).Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Al-Hidayah Publishers.Kuala Lumpur.hal13.
14.  Op.cit
15.  Dr.Musa bin Fathullah Harun.Tasawwuf Dan Berbagai Permasalahannya.hal 174
16.  Ismail Hj Ali( 1998 ).Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Al-Hidayah Publishers.Kuala Lumpur.hal23

Adab-adab Berhadapan Dengan Suami


Kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.