Kehadirannya tidak disedari......













Tuesday, June 14, 2011

Program Komuniti Jom Aktif Sihat

Kenangan Program Komuniti Jom Aktif Sihat bersama masyarakat orang asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor


Program sehari ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.  Apa yang jelas, seramai 31 orang pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan ( Sains Politik da Geografi ) UKM, Bangi ini telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dengan bajet yang agak '' ciput " namun di akhirnya memberikan kepuasan tidak terhingga lebih-lebih lagi gambar masing-masing terpampang di dada akhbar Sinar Harian.

Kepuasan bukan sekadar kerana janji pensyarah untuk memberikan '' A " kepada semua pelajar yang memberikan komitmen tinggi,  malahan lebih daripada itu ia memberikan satu pengalaman indah kepada mereka yang tidak pernah merasai suasana kekampungan dan jauh daripada  hiruk pikuk kota raya.  Bagi saya pula, ia hanyalah rutin biasa yang pernah dialami sedikit masa dahulu.   Malahan, sehari sebelum program dijalankan saya telahpun berada di sini dari awal pagi hingga matahari tenggelam menguruskan hal ehwal logistik.  Terima kasih kepada anak-anak orang asli yang membantu walaupun terdapat sedikit masalah komunikasi, namun perbezaaan itu adakalanya akan menjadikan kita lebih mesra asalkan sanggup membuangkan jauh-jauh ego daripada lubuk sanubari masing-masing....

No comments:

Post a Comment